Saturday, June 23, 2012

TEMPAT DEWA-DEWI AGAMA HINDU ‘DILAHIRKAN’


Untuk pengetahuan pembaca
sekalian, di dalam agama Hindu tiada tatacara sebenar untuk pengganut mereka menyembah tuhan atau dewa-dewi mereka. Malah, mereka boleh menyembah tuhan
mereka dalam apa jua kaedah sekalipun. Ada yang pergi ke kuil, ada yang menyembah api, ada yang bersedekah, ada yang menyembah berhala (dewa-dewi) sebagai perantaraan dengan tuhan mereka serta pelbagai lagi kaedah yang lain. Ramai di antara kita tersalah anggap dan mengatakan pengganut agama Hindu menyembah banyak tuhan oleh kerana kita melihat ada banyak berhala-berhala di kuil mereka. Sebenarnya, berhala-berhala tersebut adalah dewa-dewi mereka dan mereka hanya menyembah satu tuhan sahaja. Pengganut agama Hindu sering merasakan yang mereka terlalu hina untuk sembah secara terus terhadap tuhan mereka dan mereka memerlukan perantaraan untuk melakukan penyembahan iaitu melalui dewa dan dewi mereka. Di dalam agama Hindu juga tidak melarang untuk pengganutnya menyembah tuhan yang lain seperti Jesus Christ, Allah swt dan sebagainya kerana pengganut agama Hindu percaya bahawa agama mereka adalah agama universal dan merupakan agama terawal di muka bumi ini. Tahukah pembaca sekalian bahawa Masjidil Haram, Mekah pernah dijadikan kuil Hindu suatu ketika dahulu? Ia dinamakan sebagai Kuil Shiva iaitu pada zaman Nabi Ibrahim sehingga zaman Nabi Muhammad ketika kecil. Sekarang, mari kita sama-sama melawat tempat dewa dan dewi agama Hindu 'dilahirkan'. Bertempat di Banamali Sarkar Street yang merupakan kampung seni terkenal di Kumortuli, Utara Kolkata iaitu ibu kota negeri timur India, West Bengal. Menurut penghasil seni tembikar ini, kejiranan Kolkata membekal patung dewa-dewi Hindu dan mengeksportnya ke negara luar serta diperluaskan sehingga ke Eropah dan Afrika. Juga pernah diterbangkan ke Sweden, Australia, Malaysia dan Nigeria pada tahun 1989. p/s: Rasa-rasanya tinggi manalah ‘pangkat’ pembuat berhala ini ‘disisi Tuhan’ mereka ya? Ingat, pembaca semua perlulah menghormati agama dan kepercayaan masyarakat-masyarakat yang lain dan tidak perlulah memperlekehkan mahupun mengejek agama mereka. Teruskan usaha dakwah kita bersama agar mereka berminat terhadap Islam.

No comments:

Post a Comment